Assalamualaikum semua..Kita bertemu lagi dalam kelas pengajian sejarah imam Qiraat. Pada kali ini kita akan mengenali pula imam yang kedua dalam ilmu Qiraat iaitu Imam Ibnu Kathir Al-Makki r.a.
Biodata Imam Ibnu Kathir
Nama : Abdullah bin Kathir bin Amru bin Abdullah bin Zazan bin Fairuz bin Hurmuz
Kuniyah : Abu Ma’bud
Tempat Asal : Mekah
Tarikh Lahir : Tahun 45 Hijriyah
Tarikh Wafat : Tahun 120 Hijriyah
Sifat-sifatnya :
• Berbadan tegap dan tinggi
• Berkulit hitam manis
• Bermata biru
• Fasih dan pandai berkata-kata
Perawinya yang mashur adalah :
1. Al-Bazzi
• Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Al-Qasim bin Nafi’ bin Abi Bazah
• Lahir pada tahun 170 Hijriyah
• Wafat pada tahun 250 Hijriyah
• Diantara yang terawal meriwayatkan Qiraat Ibnu Kathir
• Diantara perawi Ibnu Kathir yang termashur
• Perawi yang dhobit yang merangkumi ingatan dan penulisan
• Menjadi muzzin dan imam di Masjidil Haram selama 40 tahun
2. Qunbul
• Muhammad b. Abd. Rahman b. Khalid bin Muhammad b. Said Al-Mahzumi
Al-Makki
• Lahir pada tahun 195 Hijriyah
• Wafat pada tahun 291 Hijriyah
• Nama keduanya ialah Abu Amru
• Terkenal dengan akhlak yang mulia
• Seorang yang dhobit dan diyakini di dalam Qiraat Ibnu Kathir
1 comments:
masyaAllah
Post a Comment