Pages

Thursday 13 December 2012

Bacaan Qiraat 10


Hayatilah bacaan Qiraat 10 surah Ad-Dhuha oleh guru di Maahad Qiraat Shoubro, Mesir iaitu Syeikh Muhammad Abdun Nabi.

Imam Kholaf Al-‘Asyir

Assalamualaikum. Sila klik link di bawah untuk melihat sejarah imam Qiraat yang ke-10 iaitu
Imam Kholaf Al-‘Asyir

Imam Ya’qub Al-Basri


Sejarah Imam Ya’qub Al-Basri

Nama sebenar beliau ialah Ya’qub bin Ishaq bin Yazid bin Abdullah bin Abi Ishaq. Gelaran beliau ialah Abu Muhammad. Beliau merupakan salah seorang dari qurra’ sepuluh. Beliau mengambil bacaan daripada Abi al-Munzir Salam bin Sulaiman, Abi al-Asyhab Ja’far bin Hayyan dan lain-lain. Salam mengambil bacaan daripad ‘Asim al-Kufi dan daripada Abu Amru.

Ramai yang merawikan qiraat daripadanya, antaranya ialah Abu Hatim al-Sajastani, Muslim bin Sufian, Abu Basyar Al-Qitthan, Abu Amru dan lain-lain. Perawi yang termasyhur ialah Ruwais dan Rauh.

a. Ruwais

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin al-Mutawakkal al-lu’lu’i Al-Basri. Nama gelaran beliau ialah Abi Abdullah. Beliau wafat di Basrah pada tahun 238 Hijrah.

b. Rauh

Nama sebenar beliau ialah Rauh bin Abdul Mu’min al-Hazli Al-Basri. Beliau digelar Abu al-Hasan. Beliau wafat pada tahun 234 Hijrah.

Imam Abu Ja’far Al-Madani


Sejarah Imam Abu Ja’far Al-Madani

Nama sebenar beliau ialah Yazid bin al-Qa’qa’ al-Makhzumi. Beliau merupakan imam qiraāt di Madinah yang sangat sempurna thiqah dan dhabitnya. Beliau telah mempelajari qiraat daripada Abdullah bin ‘Abbas, dan Abu Hurairah. Mereka mempelajarinya dari Ubay bin Ka’ab. Ubay bin Ka’ab mengambil bacaan daripada Rasulullah s.a.w.

Ramai yang merawikan qiraāt daripadanya, antaranya ialah Nafi’ bin Abi Naim, Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam, Abu Amru bin al-‘Ala’, dan lain-lain lagi. Terdapat dua orang perawi yang termasyhur, iaitu ‘Isa bin Wardan dan Sulaiman bin Jammaz.

a. Ibnu Wardan

Nama sebenar beliau ialah ‘Isa bin Wardan al-Madani. Beliau wafat di Madinah pada tahun 160 Hijrah.

b. Ibnu Jammaz

Nama sebenar beliau ialah Sulaiman bin Muhammad bin Muslim bin Jammaz. Beliau wafat di Madinah pada tahun 170 Hijrah.

Imam Al-Kisaie Al-Kufi


Sejarah Imam Al-Kisaie Al-Kufi

Nama sebenar beliau ialah Ali bin Hamzah bin Abdullah Al-Asadi. Nama gelaran beliau ialah Abu Hasan. Beliau merupakan guru qiraāt pada zamannya. Beliau sangat tahu mengenainya dan sangat dhabit tentangnya. Beliau mempelajari qiraāt secara langsung daripada Imam Hamzah sebanyak empat kali dan beliau juga mempelajarinya daripada Muhammad bin Abi Laili, Isa bin Umar dan lain-lain. Isa mengambil bacaan daripada ‘Asim,’ dan sanadnya bersambung ke Rasulullah s.a.w. sama seperti sebelum ini.

a. Abu al-Harith

Nama sebenar beliau ialah al-Laith bin Kholid al-Mirwazi al-Baghdadi. Nama gelaran beliau ialah Abu Harith. Beliau merupakan seorang yang sangat dhabit dengan qiraat. Beliau wafat pada tahun 240 Hijrah.

b. Al-Duri

Nama sebenar beliau ialah Hafs bin Umar bin Abdul Aziz Ad-Duri. Beliau merupakan perawi yang sama dengan Abu Amru.

Imam Hamzah Al-Kufi


Sejarah Imam Hamzah Al-Kufi

Nama sebenar beliau ialah Hamzah bin Habib bin ‘Immarah. Beliau merupakan Imam Qiraat di Kuffah selepas kewafatan Imam ‘Asim. Beliau dilahirkan pada tahun 80 hijrah dan wafat pada tahun 156 hijrah di Kufah. Beliau mempelajari Qiraat daripada Abu Muhammad Sulaiman bin al-A’masy daripada Abu Muhammad Yahya bin Wathab al-Asadi daripada Abu Syibil ‘Alqamah bin Qis daripada Abdullah bin Mas’ud daripada Rasulullah s.a.w.

Ramai yang telah mengambil bacaan daripada Imam Hamzah ini. Antara perawi yang termasyhur ialah Khalaf dan Khallad.

a. Khalaf

Nama sebenar beliau ialah Kholaf bin Hisyam bin Tha’lab. Nama gelaran beliau ialah Abu Muhammad. Beliau merupakan seorang yang thiqah, Zuhud dan ‘Alim. Beliau dilahirkan pada tahun 150 Hijrah dan wafat pada tahun 229 Hijrah di Baghdad.

b. Khallad

Nama sebenar beliau ialah Khallad bin Khalid As-Syaibani. Beliau dilahirkan pada tahun 130 Hijrah dan wafat pada tahun 220 Hijrah di Kuffah. Beliau merupakan seorang imam qiraat yang thiqah dan sangat mengetahui mengenai kebenaran.

Tuesday 11 December 2012

Imam Asim r.a

Assalamualaikum.Untuk mengenali Imam Asim r.a sila klik pada link di bawah.
Imam Asim r.a

Imam Ibnu Amir As-Syami r.a

Assalamualaikum. Untuk pelajaran hari ini, kita akan melihat pula sejarah imam yang keempat iaitu Imam Ibnu Amir As-Syami. Sila klik pada link di bawah untuk maklumat lanjut.
Imam Ibnu Amir As-Syami

Monday 10 December 2012

Imam Abu Amru Ad-Dani r.a

Assalamualaikum..Kita teruskan pengajian dengan mempelajari sejarah imam yang ketiga iaitu Imam Abu Amru Ad-Dani.Berikut adalah serba sedikit tentang beliau.

Biodata Imam Abu Amru

Nama : Zabban bin Al-‘Ala bin Umar bin Al-Iryan bin Abdullah bin Al-Husin
Kuniyah : Ibnu Al-‘Ala
Tempat Asal : Mekah
Tarikh Lahir : Lingkungan tahun 68 atau 70 Hijriyah
Tarikh Wafat : Tahun 154 Hijriyah
Tempat Wafat : Kufah, Iraq

Ciri-ciri beliau :
               • Pakar dalam bidang berkaitan Al-Quran
               • Seorang yang benar, dipercayai, amanah, zuhud dan alim dalam bidang agama
               • Ulama’ besar yang beramal dengan ilmunya
               • Menjadi contoh masyarakat Arab pada zamannya dalam ilmu Qiraat, Nahu dan   Feqah

Perawinya yang mashur adalah :
1. Ad-Duri
               • Hafs bin Umar b. Abd. Aziz b. Subhan bin ‘Ada b. Subhan Ad-Duri Al-Azdi
                  Al-Baghdadi
               • Lahir pada tahun 150 Hijriyah
               • Wafat pada tahun 246 Hijriyah
               • Perawi terawal yang membukukan ilmu Qiraat
               • Sebagai tempat rujukan di kalangan pada zamannya kerana ketinggian sanad
                  dan ilmunya
               • Seorang perawi yang juga pakar dalam bidang ilmu hadis

2. As-Susi
               • Soleh bin Ziad bin Abdullah bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Janud
               • Lahir pada tahun 170 Hijriyah
               • Wafat pada tahun 261 Hijriyah
               • Kuniyahnya ialah Abu Syuaib
               • Paling tua di kalangan sahabatnya
               • Seorang yang dhobit dan dipercayai
               • Rapat dengan gurunya

Imam Ibnu Kathir Al-Makki r.a


Assalamualaikum semua..Kita bertemu lagi dalam kelas pengajian sejarah imam Qiraat. Pada kali ini kita akan mengenali pula imam yang kedua dalam ilmu Qiraat iaitu Imam Ibnu Kathir Al-Makki r.a.



Biodata Imam Ibnu Kathir


Nama : Abdullah bin Kathir bin Amru bin Abdullah bin Zazan bin Fairuz bin Hurmuz
Kuniyah : Abu Ma’bud
Tempat Asal : Mekah
Tarikh Lahir : Tahun 45 Hijriyah
Tarikh Wafat : Tahun 120 Hijriyah

Sifat-sifatnya :
               • Berbadan tegap dan tinggi
               • Berkulit hitam manis
               • Bermata biru
               • Fasih dan pandai berkata-kata

Perawinya yang mashur adalah :
1. Al-Bazzi
               • Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Al-Qasim bin Nafi’ bin Abi Bazah
               • Lahir pada tahun 170 Hijriyah
               • Wafat pada tahun 250 Hijriyah
               • Diantara yang terawal meriwayatkan Qiraat Ibnu Kathir
               • Diantara perawi Ibnu Kathir yang termashur
               • Perawi yang dhobit yang merangkumi ingatan dan penulisan
               • Menjadi muzzin dan imam di Masjidil Haram selama 40 tahun

2. Qunbul
               • Muhammad b. Abd. Rahman b. Khalid bin Muhammad b. Said Al-Mahzumi
                 Al-Makki
               • Lahir pada tahun 195 Hijriyah
               • Wafat pada tahun 291 Hijriyah
               • Nama keduanya ialah Abu Amru
               • Terkenal dengan akhlak yang mulia
               • Seorang yang dhobit dan diyakini di dalam Qiraat Ibnu Kathir

Imam Nafi' Al-Madani r.a

Assalamualaikum..Imam Nafi' merupakan imam yang pertama dalam susunan imam-imam ilmu Qiraat yang berjumlah sepuluh orang. InsyaAllah kita akan mempelajari sedikit sebanyak latar belakang beliau pada kali ini. Semoga dengan mempelajari sejarah imam besar ini kita mampu memperoleh manfaat yang besar.


Biodata Imam Nafi’


Nama : Nafi’ bin Abd. Rahman bin Abi Na’im
Kuniyah : Abu Ruwim atau Abu Hasan atau Abu Abd. Rahman
Tempat Asal : Asbahan
Tarikh Lahir : Lingkungan tahun 70 Hijriyah
Tarikh Wafat : Tahun 169 Hijriyah

Ciri-ciri beliau :
               • Berkulit hitam
               • Wajahnya sentiasa tersenyum
               • Berakhlak mulia
               • Suka bergurau
               • Imam Qiraat di Madinah

Bertalaqi dengan 70 Imam Tabi’in antaranya :
               • Abu Jaafar
               • Syaibah bin Nasosh
               • Muslim bin Jundab
               • Yazid bin Rumam
               • Muhammad bin Muslim bin Shihab
               • Abd. Rahman bin Hurmuz

Diantara yang mengambil sanad dengan Imam Nafi’ adalah :
               • Imam Malik bin Anas
               • Imam Al-Laith bin Saad
               • Abu Amru bin ‘Ala
               • Isa bin Wardan
               • Sulaiman bin Muslim bin Jammaz


Perawinya yang mashur adalah :
1.       1. Qalun
·         Isa bin Mina bin Wardan bin Isa bin Abd. Samad bin Umar bin Abdullah Az-Zarqi
·         Lahir pada tahun 120 Hijriyah
·         Wafat pada tahun 220 Hijriyah
·         Anak tiri Imam Nafi’
·         Nama keduanya ialah Abu Musa
·         Diberi gelaran Qalun oleh gurunya Imam Nafi’
·         Boleh berbahasa Rom
·         Tidak pernah mendengar perkara maksiat
·         Mula bertalaqi dengan Imam Nafi’ ketika berumur 30 tahun selama 20 tahun

2.       2. Warsh
·         Uthman bin Said bin Abdullah bin Amru bin Sulaiman bin Ibrahim
·         Lahir pada tahun 110 Hijriyah
·         Wafat pada tahun 197 Hijriyah
·         Nama keduanya ialah Abu Said
·         Biru kedua matanya
·         Pakar bahasa Arab
·         Memiliki suara yang merdu
·         Menyumbangkan ilmunya di Mesir
·         Diberi gelaran Warsh yang bermaksud sesuatu yang diperbuat daripada susu kerana kulitnya yang putih





Wednesday 5 December 2012

Subhanallah


Rehatkan minda dengan memuji Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..